BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

Anak itu dilahirkan ke dunia

Sesuci bau bayi, sesuci itu diri mereka tanpa sebarang dosa. tugas kita sebagai pendidik jua samada mahu mencorakkan mereka menjadi seorang kanak-kanak yang berjiwa ape. berjiwa pemimpin, kita ajar dia cara pemimpin, berjiwa pereka, kita ajar dia aktiviti rekaan, berjiwa kental kita sebagai guru laksankan aktiviti yang menguji kekentalan mereka. namun begitu, product yang kita bakal kita keluarkan ini, harus dinilai dan difikir tentang kulitinya kepada dunia yang akan mendatang.. mahukah kita melahirkan pereka yang sanggup mereka pakaian yang mencolok mata,pereka yang sanggup mengurangkan kuantiti simen di dalam bahan binaan bangunan, pemimpin yang hanya memimpin untuk kekayaan dirinya, pemimpin yang tamak dengan harta dunia atau siapa mereka? itulah jawapnnya.. di tangan kita bakal guru Prasekolah yang sedang giat menuntut ilmu..jangan campurkan perkara yang baik dengan yang berlawanan.

"Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran,sedangkan kamu mengetahuinya"
ayat 42: Surah Al-Baqarah

kita yang berada di barisan guru yang diberi kelebihan kematangan yang berganda daripada bakal anak-anak didik kita semestinya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. apabila kehidupan selepas mati dipandang seagai tujuan yang pasti sudah tentu kita akan terfikirkan untuk membentuk pereka yang berjiwa Islam, bakal kontraktor yang tidak mengurangkan kuantiti simen dalam bahan binaan kerana takutkan Allah atau bakal pemimpin yang meletakkan tanggungjawabnya sebagai perkara pertama yang diingati selepas bangun daripada tidur atau lain-lain yang boleh meletakkan kesedaran kepada kita betapa pentingnya penerapan nilai-nilai Islam di dalam diri kanak-kanak kecil yang suci ini. justeru itu, bermula daripada detik ini, marilah kita sama-sama melakukan anjakan di dalam pemikiran kita. kita hasilkan aktiviti yang boleh mendidik diri mereka untuk menjadi bakal kontraktor berjiwa Islam,bakal doktor berjiwa Islam, bakal pemimpin berjiwa Islam.

0 comments: