BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

RPH Tema Bunga

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah

Nama kelas : Prasekolah Ibnu Sina

Bil. Murid : 25 orang

Umur : 5 dan 6 tahun

Komponan : Bahasa dan komunikasi

Masa : 08.00 pagi – 08.30 pagi

Tarikh : 18 Julai 2009

Tema : Tumbuhan

Subtema : Bunga

Kemahiran berfikir : Mengecam dan mengkategori serta mengeja dan menyebut.

Fokus MI : Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Muzik
Hasil pembelajaran : 2.2.2 Komponen Bahasa dan Komunikasi
- Menjawab soalan dengan tepat
3.3.1 Komponen Kreativiti dan Estetika
- Memberi gerak balas terhadap muzik melalui pergerakan

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
Seni Visual : Melakukan aktiviti kolaj dengan bantuan yang minima daripada guru.
Muzik : Menyebut jenis-jenis bunga dengan betul melalui aktiviti nyanyian
Psikomotor : Melakukan aktiviti pergerakan yang bebas semasa nyanyian lagu dimainkan

Pengetahuan sedia ada :Murid telah mengetahui beberapa jenis bunga

Penerapan nilai :Bersyukur, bekerjasama, menjaga persekitaran

Bahan bantu mengajar : Kad bergambar, bunga-bungaan hidup, komputer riba, LCD (Liquid Crystal Display),
persembahan ‘power point’, pembesar suara, lembaran kerja, kertas warna hijau dan merah,
gam dan pensil

Penggabungjalinan :Komponen fizikal, kognitif, kreativiti dan estetika, rohani serta moral dan sosioemosi.

Masa/ langkah Isi Strategi Sumber dan bahan Catatan
set induksi
(3 minit) Pengenalan kepada topik tumbuhan iaitu memfokuskan kepada bunga-bungaan. - Guru bersoaljawab berkenaan bunga bersama murid-murid.
- Murid-murid diminta menyatakan contoh bunga yang mereka ketahui.
- Guru menunjukkan beberapa contoh bunga yang sebenar kepada murid-murid
Lima kuntum bunga hidup
- Bunga matahari
- Bunga raya
- Bunga mawar
- Bunga orkid
- Bunga kekwa Penggabungjalinan Bahasa dan Komunkasi serta Kognitif
Langkah 1
(8 minit) Pengajaran berkenaan dengan nama-nama bunga dengan ejaan yang betul. - Guru menunjukkan ‘power point’ berkenaan dengan bunga kepada murid-murid.
- Guru menunjukkan kad bergambar bunga kepada murid-murid.
- Guru mengeja dan menyebut perkataan “bunga” dan meminta murid-murid mengulangi semula perkataan yang disebut oleh guru. - Kad bergambar
- Persembahan ‘power point’ Penggabungjalinan Bahasa dan awal Sains.
Langkah 2
(7 minit) Aktiviti berkumpulan - Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan.
- Murid-murid diarahkan membentuk bulatan dan duduk setempat dalam kumpulan masing-masing.
- Guru memainkan lagu “Ku Petik Bunga”
- Guru menerang dan menunjukkan cara bermain berlatarkan lagu.
- Murid-murid bermain dalam kumpulan masing-masing sambil menyanyikan lagu mengikut lagu yang dirakam. - Komputer riba
- Pembesar suara
- Lirik lagu Penggabungjalinan komponen Fizikal, Sosioemosi dan Kreativiti dan Estetika.
Langkah 3
(10 minit) Lembaran kerja - Guru menunjukkan contoh lembaran kerja yang mengandungi gambar bunga yang telah siap dihias dengan menggunakan teknik kolaj
- Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar bunga dan kertas bewarna dan meminta murid membuat kolaj mengikut contoh yang telah disediakan oleh guru
. - Lembaran kerja
- Kertas warna hijau dan merah
- Gam
- Pensil Penggabungjalinan komponen Fizikal serta Kreativiti dan Estetika
Penutup
(2 minit) Penutup topik tumbuhan - Guru menasihati murid-murid agar menghargai alam sekitar dengan mengekalkan keindahan tumbuhan
- Guru menunjukkan hasil kerja murid yang paling kemas dan menujukkan kepada murid-murid untuk dicontohi
. Komponen Kerohanian dan Moral
Refleksi Guru:

Murid:

0 comments: