BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

RPH Tema Haiwan

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Slot 30 Minit

Nama kelas : Prasekolah Wawasan

Bil. Murid : 25 orang

Jenis aktiviti : kelas

Umur : 5 dan 6 tahun

Kompenan : Kerohanian dan moral

Masa : 8.30 – 9.00 pagi

Tarikh : 5 Oktober 2009

Tema : Haiwan

Subtema : Binatang di zoo

Kemahiran berfikir : 1. Memberikan pendapat dan mengenalpasti jenis haiwan
2. Menjana idea
Fokus MI : Kecerdasan naturalistik

Hasil pembelajaran : 1.5 Beriman kepada rasul
1.5.3 Menceritakan kelebihan rasul : nabi sulaiman boleh berkata-kata dengan haiwan
4.7 Menjaga kebersihan dan menyayangi alam sekitar
4.7.5 Menyatakan cara menjaga dan memelihara haiwan dari kepupusan

Objektif : 1. Murid dapat membunyikan semula dan menyatakan jenis-jenis haiwan yang diperdengarkan dari
rakaman.
2. Murid dapat menyatakan cara penjagaan haiwan dari kepupusan
3. Murid dapat berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan berkenaan dengan tema haiwan

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenali beberapa jenis haiwan seperti kucing, lembu dan ayam.

Penerapan nilai : Bekerjasama, kasih sayang

Bahan bantu mengajar : Komputer riba, kertas A4 berwarna, gambar haiwan

Penggabungjalinan : Komponen fizikal, komponen kreativiti dan estetika, komponen bahasa dan komunikasi,
kompenan sosioemosi.



Langkah
Isi pelajaran
Strategi pengajaran & pembelajaran
Bahan Bantu mengajar
Catatan
Set induksi
(3 minit) Bercerita kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud-hud - Guru menceritakan kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-hud

- Buku cerita

Penggabungjalinan bahasa dan komunikasi

Langkah 1
(7 minit) Mengenal bunyi binatang
• Harimau
• Gajah

• Kuda
• Ayam
• Helang


- Guru memperdengarkan bunyi-bunyi haiwan yang terdapat di zoo.
- Guru bersoal jawab dengan murid jenis-jenis haiwan yang terdapat di zoo, ciri-ciri haiwan tersebut dan bunyinya.
- Guru meminta murid-murid membunyikan semula bunyi haiwan yang telah diperdengarkan.
- Komputer riba
- Pembesar suara Penggabungjalinan komponen fizikal, kognitif
Langkah 2
(8 minit) Melihat tayangan video tentang kepupusan haiwan - Guru menayangkan tayangan video tentang kepupusan haiwan.
- Guru bercerita tentang cara memelihara dan menjaga haiwan.
- Guru meminta pendapat murid-murid bagaimana menjaga haiwan daripada kepupusan.
- Video kepupusan haiwan
- Komputer riba
- Pembesar suara Penggabungjalinan komponen bahasa dan komunikasi, kognitif, sosioemosi

Langkah 3
(10 minit)
Menghasilkan buku skrap tentang haiwan di zoo.

- Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
- Guru mengedarkan gambar-gambar haiwan kepada setiap kumpulan.
- Guru meminta setiap murid menggunting dan menampal gambar haiwan pada kertas yang disediakan.
- Guru mengumpulkan semula hasil yang telah siap dan menyatukan semua hasil murid dalam bentuk buku skrap.

- Kertas A4 berwarna
- Gambar haiwan
Penggabungjalinan komponen kreativiti dan estetika, sosioemosi

Penutup
(2 minit)
Aktiviti nyanyian
- Nasyid 25 rasul pilihan
- Guru memperdengarkan lagu nasyid 25 rasul pilihan.
- Guru dan murid menyanyikan bersama-sama lagu nasyid 25 pilihan menggunakan rakaman yang telah disediakan.
- Rakaman lagu 25 rasul pilihan
- Komputer riba
- Pembesar suara
Penggabungjalinan bahasa dan komunikasi dan fizikal


Refleksi : ……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………………….

0 comments: